27 Oktober 2024 | Ahad
Semalam telah diadakan Majlis Makan Malam Amal SEMURNI KASIH anjuran Badan Amal KASIH Negeri Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Isteri, Datin Seri Hajah Hamidah Binti Khamis.
KASIH Selangor merupakan sebuah Badan Amal yang telah digerakkan inisiatif murninya oleh para isteri pemimpin Barisan Nasional Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Negeri Selangor.
Bahkan, KASIH Selangor juga tidak dinafikan jasa dan khidmat mereka oleh YAB Timbalan Perdana Menteri apabila telah banyak mengadakan program-program amal bersama Warga Emas, Pesakit Kronik, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, Aktiviti Sosial dan Sukan.
Tahniah KASIH Selangor kerana telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Amal SEMURNI KASIH pada tahun 2024.
#KASIHSelangor









