SELAMAT DATANG
KE LAMAN RASMI UMNO SELANGOR
UMNO SELANGOR
DARI MEJA PENGERUSI
"Sudah tiba masanya kita bermuhasabah diri akan kelemahan dan bina semula dengan memperbaiki kekurangan yang berlaku sebelum ini"
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, diangkatkan setinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita sekali lagi dapat berhimpun untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah kepada parti, agama, bangsa dan negara.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kesemua pucuk pimpinan iaitu ahli di peringkat Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan peringkat Bahagian UMNO dalam Negeri Selangor yang telah menyempurnakan urusan mesyuarat dan pemilihan di peringkat masing-masing.
Hadirin yang dikasihi,
Landskap politik Negara pasca Pilihanraya Umum ke-15 telah berubah dengan drastiknya. Kedudukan parti pada hari ini telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Kedudukan ini bukan untuk menjual prinsip asal UMNO namun ianya mendokong dan akur akan titah DYMM Seri Paduka Baginda Agong bagi keperluan untuk membentuk sebuah Kerajaan Malaysia yang stabil. Terharunya kita apabila Presiden UMNO iaitu pemimpin nombor satu parti telah diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Ini adalah satu penghormatan tinggi kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk berada di dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini.
Tanggungjawab wajib setiap ahli untuk memperkukuhkan semula UMNO dari segala persengketaan, bina kesepaduan antara satu sama lain dan memahami serta menyantuni naratif politik yang baharu sambil mendokong gerakan perjuangan parti yang tercinta ini. Sudah tiba masanya kita bermuhasabah diri akan kelemahan dan bina semula dengan memperbaiki kekurangan yang berlaku sebelum ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kesemua jentera parti yang telah bertungkus lumus dalam Pilihan Raya Negeri Selangor yang baru sahaja berlalu baru-baru ini. Alhamdulillah kita mendapat 2 kerusi dan bersama dengan Kerjaan Perpaduan mentadbir kembali di Negeri Selangor.
In Shaa Allah, dengan penuh iltizam dan sepenuh hati saya berharap agar UMNO Selangor akan terus menambat kepercayaan Rakyat Selangor dan menjadi wadah perjuangan dalam menegakkan agama, bangsa dan tanah air.
YBHG DATUK WIRA MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI OMARDIN
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor
PERJUANGAN
Kemerdekaan & kedaulatan
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Perlembagaan
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.
Islam
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
Keadilan sosial
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Bahasa Melayu
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
Kerjasama antara kaum
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.