KENALI UMNO
SEJARAH UMNO
Di dalam keadaan berkeloh kesah itu pada 11 dan 12 Mei, 1946 diadakan di Istana Besar Johor Baru pada 11 dan 12 Mei, 1946 Disinilah Piagam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah disahkan dan ditanda tangani oleh ketua-ketua wakil dan Pertubuhan dan Persekutuan Melayu.
Di dalam persidangan ini telah dibuat ketetapan memansuhkan. Kongres Melayu Semenanjung Tanah Melayu itu dan mengekalkan segala ketetapan yang dibuat oleh Kongres itu. Persidangan itu telah dibuka oleh YAM Mahkota Johor.

Di dalam ucapannya sebagai pengerusi, YB Dato’ Onn telah berkata bahawa Majlis Mesyuarat yang ada ini ialah menyambung mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946, yang didalamnya telah dipersetujukan supaya ditubuhkan sebuah Pertubuhan kebagsaan Melayu Bersatu. Menurut keputusan itu, katanya telah diangkat sebuah jawatankuasa yang khas bagi dibahas dan jika dipersetujukan akan diluluskan surat tauliah itu serta disahkan.
Majlis mesyuarat itu telah membahaskan 2 rang surat tauliah (Piagam) dan kemudian daripada beberapa pindaan telah meluluskan dan disahkan. Maka dengan pengesahan ini tertubuhlah dengan rasminya UMNO menggantikan tempat Kongres Melayu pada 11 Mei 1946.
Begitulah Pertubuhan kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah tertubuh dengan rasminya di Istana Besar Johor, Johor Baharu pada 11 Mei 1946 dan dengan ini mansuhlah dan tamatlah Riwayat Kongres Melayu.
Dengan demikian tarikh 11 mei 1946 adalah menjadi suatu tarikh yang mengandungi riwayat dalam Perjuangan Bangsa Melayu selepas Perang Dunia Kedua ini, bahkan dalam perjuangan Bangsa Melayu semenjak mereka mengenal pergerakan dan perjuangan kebangsaan.
Pada masa menurunkan tandatangan di atas piagam UMNO yang baru di Istana Besar Johor Baharu hanya 29 pertubuhan sahaja yang menghantarkan wakil-wakilnya manakala yang lainnya iaitu sebanyak 7 pertubuhan lagi telah menurunkan tanda tangannya kemudian Persidangan Agong UMNO yang ke dua diadakan di Ipoh, Perak pada 29 dan 30 Jun 1946.
Wakil dari persekutuan-persekutuan Melayu dari Negeri Selangor yang telah hadir atau memberi proksi kepada pertubuhan-pertubuhan lain di dalam Persidangan Kongres Melayu dan Majlis. Mesyuarat Agong Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersan ialah :-
- Persatuan Melayu Selangor
- Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor.
- Ikatan Belia Kampung Baru Selangor.
- Dewan Perniagaan Melayu Malaya Selangor.
- Persatuan Penghulu-penghulu Selangor.
- Darul Ehsan Kelab Jeram.
- Persatuan Kaum Ibu Selangor.
- Persatuan Bayin Selangor.
- Persekutuan Melayu Ulu Selangor.
- Persekutuan Melayu Daerah Sabak Bernam.
Mulianya UMNO hingga ke hari ini adalah kerana penubuhannya berasaskan kesedaran pemimpin-pemimpin Melayu mempertahankan hak bangsa sendiri supaya tetap kekal hingga akhir zaman. Bumi tercinta ini adalah hak rakyat negara ini untuk menentukan nasibnya sendiri tanpa diganggu gugat dalam menguruskan sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem pelajaran. Pengaruh penjajah dalam pentadbiraan negara ini ditolak sama sekali atau sebahagian daripadanya beransur ansur hilang dan digantikan dengan idea baru yang dipelopori oleh pemimpin UMNO yang berwawasan. Di awal penubuhannya hak bangsa bebas merdeka diutamakan tetapi hari ini perjuangan UMNO lebih meluas hingga dalam mempertahankan kemerdekaan yang diwarisi serta menjadikan bangsa merdeka ini bangsa yang maju dan unggul sekali di antara negara-negara di dunia.
UMNO ditubuhkan dengan rasminya di atas cucuran airmata semua anak bangsa yang tidak bersetuju negara ini diperintah terus oleh penjajah British di bawah payungan Malayan Union. Jika diungkap kembali peristiwa ini semestinya kita akan terkenangkan Raja-raja Melayu termasuk Baginda Sultan Selangor dan rakyat jelata yang taat setia berhimpun dan berkumpul menyatakan rasa tidak senang dengan sikap penjajah yang ingin memboloti harta kekayaan bumi tercinta ini. Sultan Selangor sendiri Sultan Hishamudin berasa pilu dan sayu hingga kelihatan Baginda telah mencucurkan airmata tanda suka bercampur duka melihat api nasionalis yang menyala-nyala dalam setiap jiwa UMNO setelah ditubuhkan berusaha keras untuk menentang rakyatnya.
Malayan Union hinggalah mereka berjaya melakukannya maka terselamatlah tanah bertuah ini dari terus tergadai di tangan penjajah British. Yang paling istimewa sekali dalam perjuangan ini ialah minda-minda orang Melayu dan corak berfikir mereka telah terbuka dengan seluas-luasnya tanpa lagi merasakan diri mereka daif dan lemah dalam semua segi. Setelah berjaya meleraikan rantai y membelengu fikiran orang Melayu dari terus maju, perjuangan yang diteruskan lagi untuk menuntut kemerdekaan pula. UMNO di bawah pimpinan yang dipertua Tunku Abdul Rahman Petra Aj Haj telah bertungkus lumus supaya impian menjadi bangsa merdeka menjadi kenyataan. Usaha ini tidak sia-sia kerana akhirnya penjajah British terpaksa akur dengan kemahuan dan keputusan UMNO dan parti Perikatan untuk mengishtiharkan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan. Perkara ini di anggap oleh Tunku sebagai sangat luar biasa sekali.
PENUBUHAN UMNO SELANGOR

Penubuhan UMNO Selangor adalah hasil kesinambungan perjuangan politik tanah air yang dipelopori oleh pejuang pejuang seperti Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Mereka adalah penentang penjajahan kuasa asing di atas tanah milik bangsa Melayu ini. Malahan pemerintahan Inggeris dan selepas pendudukan Jepun telah banyak. mengajar masyarakat tempatan dalam membentuk kematangan pemikiran dan semangat kebangsaan mereka.
Obor perjuangan nasionalisme Melayu terus memuncak pada bulan Mac, 1946 apabila Inggeris membawa mandat baru untuk menguasai terus Tanah Melayu di bawah gagasan Malayan Union. Kongres Persatuan-persatuan Melayu telah diadakan di kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1hb. hingga 4hb. Mac, 1946. Dalam perhimpunan ini, Negeri Selangor telah diwakili oleh beberapa orang wakil Persatuan dan kelab Melayu. Hasil daripada kelab ini telah melahirkan United Malay Nasional Organisation (UMNO) dengan rasminya pada 12hb. Mei1946 di Johor Baharu. Persatuan-persatuan Melayu di setiap negeri termasuk Negeri Selangor telah ditukarkan kepada UMNO dan wadah perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan.
Gerakan politik negeri Selangor selepas tarikh tersebut adalah seiring dengan pergolakan yang berlaku di negeri-negeri lain tetapi Negeri Selangor mempunyai kelebihan kerana kedudukan Kuala Lumpur yang menjadi pusat tumpuan gerakan politik dan pentadbiran Tanah Melayu. Hakikat ini telah mendedahkan tokoh tokoh di kalangan anak Negeri Selangor kepada perkembangan terbaru dalam kancah politik. Kuala Lumpur juga telah menjadi tapak permulaan penubuhan Parti Perikatan UMNO dan MCA apabila plihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan pada bulan Disember, 1951.
Dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 9 kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya dalam pilihanraya Persekutuan yang diadakan pada 27hb. Julai, 1955 kesemua kerusi yang dipertandingkan bagi Negeri Selangor telah dimenangi oleh calon-calon Parti Perikatan.
Dalam pilihanraya bagi peringkat Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah diadakan pada 30hb. Mei, 1959 jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Perikatan dari 28 kawasan yang dipertandingkan ialah 23 buah kerusi. Buat pertama kalinya selepas mencapai kemerdekaaan, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan untuk mentadbir Negeri Selangor di bawah payung Duli Yang Maha Mulia Sultan. Yang Amat Berhormat Dato’ Abu Bakar Baginda telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang pertama selepas merdeka dan beliau telah dibantu oleh tujuh orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Sungguhpun corak pentadbiran yang baru bersifat demokrasi tetapi DYMM Sultan masih berfungsi dan memainkan peranan yang penting dalam segala urusan negeri selain daripada kedudukan baginda sebagai tunggak kedaulatan negeri dan sumber inspirasi setiap rakyat jelata.

BENDERA RASMI

Bendera: Sang Saka Bangsa
Bendera UMNO mengandungi empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan hijau.
- Merah bererti Keberanian.
- Putih bermakna Kesucian dan Keikhlasan.
- Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja.
- Hijau warna keris di tengah adalah lambang agama Islam dan juga melambangkan tamadun Melayu.
Pengertian 'Sang Saka Bangsa'
Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
- Sang adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.
- Saka pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.
- Bangsa membawa maksud ‘Orang Melayu’ yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO.
LOGO





LAGU RASMI
Bersatu kita bersatu
Dengan setia berganding bahu
Jiwa teguh berpadu
Kita rumpun Melayu
Bersama kita bersama
Mendukung hasrat semua
Berjasa pada bangsa
Agama dan negara
Lambang kita yang gagah
Dipandang mulia dan indah
Bersatu, bersedia, berkhidmat
Cogan katanya
UMNO terus mara
Untuk rakyat Malaysia
AHLI JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN UMNO
(2023 - 2026)
