12 Februari 2024
Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menyatakan pendirian UMNO Selangor iaitu tidak bersetuju mengenai cadangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubunan Bangsa – Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menurut beliau, walaupun bersama di dalam kerajaan namun UMNO kekal menolak cadangan dari Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Nga Kor Ming mempunyai hak untuk memberi pandangan begitu juga UMNO Selangor mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan kerana ini adalah untuk mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah melalui perkampungan.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat banyak kampung Melayu yang berusia ratusan tahun yang lebih layak dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu (UNESCO).
Keputusan rasmi parti UMNO juga menolak cadangan ini dan tegas menyatakan bahawa UMNO akan kekal menjadi benteng sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan.
Sekian.
Alhamdulillah … UMNO Selangor Di hati org Melayu!!!! Terus Pertahankan Hak Melayu!!!
Bantah, jangan ambil kesempatan diatas sikap tolak ansur untuk perpaduan yang dlaungkan oleh kerajaan sekarang
Tahniah Dan terus pertahankan hak melayu Dan bumiputra . DAP jangan Cuba jadi API dalam sekam. UMNO pasti tidak Akan bertolak ansur.
Tidak Bersetuju
Pingback: UMNO Selangor Kekal Tolak Cadangan Nga Kor Ming - BN Comms
Tidak setuju sama sekali perkampungan cina dinadikan tapak unesco
TIDAK BERSETUJU