UMNO SELANGOR

Majlis Apresiasi Satu Inisiatif Penghargaan Kepada MPKK Selangor

14 Februari 2024 

Majlis Apresiasi untuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Selangor 2023 telah diadakan pada 13 Februari 2024 di Shah Alam Convention Centre (SACC) dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor. 

” Ini merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Perpaduan dan pengguna bagi memberi penghargaan kepada semua MPKK yang telah menjalankan tugas dengan baik di kampung masing – masing, ” kata YB Datuk Rizam Ismail, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam menerusi hantaran media sosial di laman Instagramnya. 

Beliau mengatakan bahawa menjadi seorang pemimpin di kampung itu bukan perkara yang mudah dengan perkara seperti kepadatan penduduk dan memuaskan hati semua di kampung. Beliau percaya Pengerusi – Pengerusi MPKK tersebut sudah menjalankan tugas mereka dengan baik sepanjang berkhidmat pada tahun 2023. 

Akhir sekali, beliau juga mengucapkan tahniah kepada kesemua penerima anugerah dan beliau berharap agar anugerah yang diterima dapat memberi semangat kepada MPKK untuk terus berkhidmat dan bersaing secara sihat.

Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *