UMNO SELANGOR

UMNO Selangor Kembalikan 20 Jawatan Ahli Majlis Kepada PH

22 Januari 2024

Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, menyatakan bahawasanya UMNO ingin menyerah kembali kesemua kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ditawarkan kepada mereka daripada Pakatan Harapan (PH).

Terdapat respon kepada seorang pemimpin PH Negeri Selangor yang mendakwa UMNO Negeri Selangor tidak berpuas hati dengan kuota yang telah diberikan.

Pemimpin itu juga menekankan bahawa pihak UMNO Negeri Selangor terlalu mendesak walaupun memenangi hanya 2 kerusi sewaktu Pilihan Raya Negeri yang lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menegaskan bahawa UMNO Negeri Selangor tidak mendesak seperti yang didakwa namun inginkan sesi perundingan atas semangat Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa keputusan untuk menyerahkan semula jawatan Ahli Majlis itu dipersetujui oleh kesemua 22 Bahagian UMNO di Selangor susulan perbincangan dalam mesyuarat yang telah berlangsung pada Jumaat lepas dan keputusan ini telah diberitahu kepada Presiden UMNO.

Keputusan tersebut membuat UMNO Negeri Selangor menyatakan hasrat untuk menjaga kawasan luar bandar iaitu pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kerana ianya di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mana Menterinya adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia.

YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO juga mengesahkan keputusan yang diambil oleh UMNO Negeri Selangor, tiada sikap tamak jawatan atau desakan kepada PH seperti yang didakwa beberapa hari yang lepas dan ianya adalah keputusan yang perlu dihormati.

Sekian. 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *