UMNO SELANGOR

Perbahasan Dusun Tua Menjunjung Titah Tuanku

Rabu, 28 Februari 2024

YB Datuk Wira Johan Abdul Aziz, ADN Dusun Tua merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024.

Antara topik utama yang menjadi penekanan beliau dalam perbahasan ini ialah berkenaan pengurusan krisis air yang sering kali berlaku saban tahun disebabkan pencemaran bau dan akhirnya rakyat menanggung beban kerana bekalan air bersih terputus berhari-hari. Beliau memohon agar pesalah dikenakan tindakan yang berat agar memberi pengajaran supaya masalah yang sama tidak berulang. Selain itu, beliau juga memuji pelan persediaan dengan Pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) dan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, beliau juga menyentuh berkenan isu yang sedang membebani rakyat ketika ini iaitu mengenai peningkatan kos sara hidup. Pada pandangan beliau ia perlu ditangani dan mengajak semua untuk menyambut usaha Kerajaan Negeri dengan memperkasakan Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang merupakan salah satu dari 37 insiatif dalam Program Iltizam Selangor Penyayang.

Beliau juga menambah, untuk memacu Selangor ke sebuah negeri yang maju dan moden, penjagaan alam sekitar tidak boleh diketepikan dan menyambut baik transformasi kepada kenderaan yang lebih mesra alam seiring dengan saranan Kerajaan Persekutuan yang mempertimbangkan Malaysia sebagai hub bekalan dan perkhidmatan pasaran Electric Vehicle (EV).

Seterusnya beliau juga membawa isu tempatan berkenaan masalah banjir di Dusun Tua yang sering membebani penduduk dan menyatakan antara faktor berlakunya banjir kilat disebabkan banyak longkang yang menghala ke arah sungai telah rosak dan tersumbat. Harapan beliau Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan dapat menyegerakan kerja baik pulih dan naik taraf sistem saliran dikawasan berkenaan.

Selain itu, peningkatan populasi penduduk di kawasan Dusun Tua telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan keluar masuk kawasan perumahan. Beliau memohon Kerajaan Negeri melalui jabatan atau agensi berkaitan untuk menyegerakan kajian keperluan penambah baikan jalan raya sistem kawalan trafik.

Beliau mengakhiri perbahasan dengan menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk memperkukuh hubungan baik dan muhibbah dengan mengajak sama- sama untuk menyumbang idea dan pandangan agar Kerajaan Negeri boleh terus kerja kuat dan menjauhi segala perbuatan yang boleh membawa kemudaratan kepada Negeri Selangor. 

Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *