6 April 2024
Mesyuarat sebentar tadi menyaksikan kesemua 18 Ketua Bahagian dan 3 Timbalan Ketua Bahagian termasuk Bahagian Kota Raja sendiri mewakili TZA yang hadir telah sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pengerusi UMNO selangor, Dato Wira Megat Zulkarnain dan menyatakan kekesalan dengan tuduhan TZA yang tidak berasas dan jauh dari fakta sebenar.
Tuduhan tersebut dibuat seolah2 dengan motif tertentu utk menimbulkan persepsi negatif khususnya terhadap kepimpinan DW Megat dan Umno Selangor umumnya.
Namun bagi saya ia seolah2 menunjukkan beliau ketinggalan maklumat mengenai perkembangan gerakan politik umno Selangor yang telah melangkah jauh kehadapan selepas mengalami kekalahan sekali lagi pada pru 15 yang lalu.
Pengerusi UMNO Selangor mengambil pendekatan tidak akan menjawab tuduhan TZA melalui media tetapi sebaliknya akan bersemuka dengan beliau secara semangat kekeluargaan UMNO.
Setiausaha Politik TZA yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Klang hadir dalam mesyuarat turut mengesahkan bahawa beliau tidak dimaklumkan langsung oleh TZA sebelum membuat tuduhan tersebut. Begitu juga dengan Timbalan Ketua Bahagian TZA sendiri turut mengesahkan TZA tidak pernah berbincang dgn kepimpinan bahagian sebelum mengeluarkan tuduhan tersebut, walhal mereka ada bersama dalam program UMNO bahagian sehari sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan. Ini menampakkan beliau seolah-olah bersendirian dan terasing dari arus perdana politik umno Selangor.
Untuk makluman UMNO Selangor telah dan sedang membuat bedahsiasat menyeluruh serta merangka strategi dan pendekatan baru setelah kalah dalam PRU yang lepas walaupun tokoh hebat seperti KJ dsn TZA sendiri turut dicalonkan.
Sehubungan dengan itu TZA dinasihati supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengaibkan diri beliau sendiri serta mengelirukan banyak pihak terutama ahli umno di peringkat akar umbi.
Sebaliknya, sebagai pemimpin parti yang mempunyai kelebihan sebagai Menteri di Kementerian yang begitu strategik, beliau seharusnya dapat berperanan secara efektif di Negeri Selangor dengan menyertai secara langsung usaha mengukuhkan parti bersama saf kepimpinan Selangor daripada bermain sentimen sehingga mencipta polemik yang tidak menguntungkan parti sama sekali.
Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain
Ketua Penerangan UMNO Selangor