UMNO SELANGOR

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Sebagai Calon PM PRU-15

UMNO SELANGOR MENGALU-ALUKAN KEPUTUSAN YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA PRU KE-15

  1. UMNO Negeri Selangor mengalu-alukan keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini untuk mencalonkan YAB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob, sebagai calon Perdana Menteri Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti.
  1. Terbukti sejak perlantikan beliau sebagai PM ke 9 pada 20 Ogos, 2021 lalu YAB Dato Sri berbekalkan integriti dan pengamalan telah membuktikan keupayaan beliau sebagai seorang PM yang cemerlang khasnya dalam menyatupadukan rakyat dan negara sehingga mengembalikan kestabilan politik yang sangat diharapkan rakyat Malaysia ketika ini.
  1. Sesungguhnya pengenalan konsep “Keluarga Malaysia” oleh YAB Dato Sri telah menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk bangkit semula dari kemelut pandemik COVID-19 untuk bersama-sama kerajaan memulihkan kembali ekonomi negara demi kesejahteraan semua.
  1. UMNO Selangor yakin keputusan ini akan diterima baik oleh rakyat jelata dan dengan karisma YAB Dato Sri, UMNO dan Barisan Nasional serta sekutunya terutama di Negeri Selangor akan mampu bangkit semula merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Harapan.
YB TAN SRI NOH OMAR
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR

15 APRIL 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *