GALERI
TAHUN 2024
MAJLIS PELANCARAN JENTERA VETERAN UMNO NEGERI SELANGOR
Veteran UMNO Selangor merupakan Jentera UMNO yang paling awal melancarkan Jentera bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-16. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan Veteran UMNO Selangor ini memberi keyakinan kepada parti keramat UMNO kembali bangkit PRU16 nanti khususnya di Negeri Selangor.
IFTAR UMNO SELANGOR 2024
Ramadhan hampir ke penghujung, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor sempat mengadakan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan Iftar bersama. Keluarga besar Umno Selangor amat berbesar hati dengan kehadiran Tan Sri Muhammad Taib dan Pimpinan Parti Komponen Barisan Nasional Selangor.
MESYUARAT PERHUBUNGAN
Mesyuarat BPUN Selangor Bil 2/2024 telah diadakan pada 24 Jun 2024.
Pelbagai agenda dan isu dibahaskan dan diambil kira demi penambahbaikan UMNO Negeri Selangor.
Di dalam mesyuarat pada kali ini juga, Tuan Noorazli Bin Said (Ketua Bahagian Sepang) telah dilantik sebagai Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Tahniah !