YBhg Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke UAE.
Semasa di Dubai, beliau telah bertemu Tuan Yang Terutama Suhail Mohamed Al Mazrouei, Menteri Tenaga dan Infrastruktur Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan beberapa kerjasama yang bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia – UAE.
Perkara – perkara yang dibincangkan adalah isu keterjaminan makanan, kerjasama dalam sektor pengurusan logistik dan pelabuhan khususnya penggunaan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI), peluang kerjasama dalam pengurusan bencana, dan akhir sekali potensi untuk kerjasama dalam pembangunan pusat data dengan penggunaan tenaga hijau.
Di akhir pertemuan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menjemput Tuan Yang Terutama Suhail Mohamed Al Mazrouei untuk bersama menghadiri MIHAS @ Dubai 2024 yang bakal berlangsung di Dubai World Trade Centre dan juga menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang kedua pada tahun hadapan, 2025.
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor berharap agar hubungan erat dan persaudaraan antara Malaysia dan UAE ini akan terus berkembang dan menjadi rakan strategik yang kukuh.